After 4years i'm baaaaacckk


Welcome 2019

Haaaii mungkin blog bkn benda yg relevant buat masa sekarang ni. dh bnyk media sosial yg hujung2 jari ja qasa skrg paling famous ramai dh buat AccountYouTube. .. tapi xsalahkan utk kongsi ap yang ada dalam kepala ni .. hihih .. #SisCuba..

After 4years , last update Januari2015 .. Allah  qasa blank kepala otak masa bka blog ni .. bnyk benda kena edit tentunya makan masa .. Takpa slow kita edit bkn senang nk edit sbb bnyk function dh lupa, sampai nk buat "new post" ni pon lupa kt mana .. nk LOGIN emel ap pun taktaaaauuuu.. nasib laa setelah godek2 otak try n error jumpa jgk yg btul ..

Ok.. Kasi godek2 dulu setting blog, nnt kita kongsi sikit2 ilmu yang ada .. Qasa bnyk bnda nk share , Walaupun hakikatnya blog ni LangsungTakFemes .. hahahahhaha 😌 ..

ok .. bye .. see next entry .. Insha'Allah .. 

"AhlanWahSahlan" 😗


Boleh TakBoleh Makan (ATKINS)

Assalamualaikum warga pembaca blogger..

Ok seperti post yang lepas mengenai pengenalan Diet Atikins (http://syamimiabdyazan.blogspot.com/2015/01/apa-itu-diet-atkins.html) cik blogger dah nyatakan untuk beritahu kawan mengenai menu yang boleh dimakan atau yang takboleh dimakan semasa berATIKINS ni...

Ok ni carta atkins..cik blogger ambil dari google jewr..hihih


OK...ni Piramid atkins..

Syarat-syarat Atkins: 
1 >> Pastikan cukup minum air
        Minum 1liter untuk setiap berat badan 25kg..
         Kalau tak cukup air dalam badan anda akan susah untuk membuang...

2 >> Perlu makan 3x atau lebih dalam sehari dalam kuantiti yang sedikit.
        Jangan sekali-kali skip makan nanti anda akan berasa lapar dan bila makan anda
        susah untuk kawal pemakanan anda. Makan malam biarlah sebelum pkul 9.00 malam
        atau 4jam sebelum tidur. Ia juga akan meyebabkan kadar metabolisme badan menurun.

3>> Untuk fasa 1 makan jangan lebih dari 20gram karbohidrat (carb) dalam sehari.
        Baca label pada makanan yang dibeli. 
        Sebaiknya makan makanan segar seperti ayam,daging,kerana carb adalah 0g.

4>>Jangan beli makanan yang diproses seperti dalam tin kerana ia 
       mengandungi gula dan carb yang sangat tinggi. 
       Jangan makan sos & kicap kerana ia juga diproses.

5>>Jangan makan apa-apa makanan yang dah dilistkan sebagai makanan 
      yang tidak boleh dimakan dibawah nanti. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan
      glukosa dalam badan & menyebabkan ketagihan nasi serta benda2 manis.

6>>Makanan bergoreng , panggang , rebus , salai boleh dimakan asalkan tidak ditambah gula
      dan madu. Berhati-hati jika makan dikedai, seeloknya masak sendiri.

7>> Kurangkan makanan berproses seperti daging burger & sosej.. Boleh makan tapi berhad.

Ok dah tau Syarat2 nya..Jom tau pulak apa yang kita kena pantang semasa First Induction atau fasa pertama ni.

Makanan yang TIDAK BOLEH dimakan semasa fasa pertama berAtkin :
1  : Nasi, mi , mihun , laksa , spagetti , vermicelli , kuew tiau dan sebangsa dengannya lah.

2  :  Segala jenis roti tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
      Roti , roti berserat , roti bun , roti boy , roti canai segala jenis roti la memang kena pantang.

3  : Sebarang jenis gula atau makanan yang bergula tinggi
      (gula-gula, gula melaka , gula merah , madu) 

4 : Semua jeis buah-buahan tak kira apa-apa jenis terutam pisang (sebiji pisang = 23.7g carb)

5 : Minuman bergula, jus buah-buahan , barli , air gas dan seangkatan dengannya.
     Senang story minum air mineral ja..hihih..

6 : Snek / Jajan (Twisties , SuperRing , biskut manis , popcorn , jeruk manis) smua ni 
     tak boleh makan. Ni pn carb tinggi.

7 : Segala bentuk kekacang, tempe dan adik-beradik dia. :)

8 : Makanan berproses seperti bebola ikan,  nugget , segala jenis bebola tak boleh makan
     Memang kena kawal ketat jangan bagi ad ruang pon untuk msuk dalam badan kita.

9 : Makan bertepung seperti kek , biskut , kuih muih (segala jenis yang bergandum)

10 : Sos & kicap kerana tinggi.

11 : Sayur-sayuran yang berkarbohidrat tinggi iaitu segala jenis UBI (ubi kayu , lobak ,
       ubi kentang,segala jenis ubi)

12 : Satay yang diperap gula & madu .. biasanya dikedai2..

Hahhh!!!
Tekejut tgok semua xboleh makan?
Jangan risau, ada yang boleh dimakan..
Kalau pandai olah makanan Atkins lagi sedap pada makanan biasa kita makan...


Meh tgok apa plak makanan yang BOLEH dimakan semasa Atkins

Makanan yang BOLEH dimakan semasa fasa pertama berAtkin :
1: Ayam - Semua bahagian boleh makan termasuk hati ayam. Kulit pon boleh tapi 
                  cik blogger tetap buang kulit dia..hihih
                - Ayam boleh digoreng , panggang , steam , bakar , sup tapi pastikan tanpa tepung.

2: Daging  - semua bahagian tak kira daging lembu, itik , kambig , rusa semua pon ok..
                  - boleh dibuat steam , bakar, goreng , salai , dan macam lagi..
                  - kreatifkan diri anda supaya tidak berasa jemu.

3: Ikan, udang , ketam pon boleh dimakan cuma sotong kurangkan sebab tinggi carb.

4: Telur   - macam2 telur boleh..telur ayam , telur itik , telur ikan
                 - TAPI berhati sbb telur di pasaraya yang agak mahal tu ad yang tinggi carb 
                   contohnya telur Nutriplus kalau tak salah la. Better beli yang kedai2 or 
                   pasar malam ja, memang rendah carb..
                - Telur ni boleh dibakar, digoreng mata, goreng dadar , rebus.

5: Sayur - Lebihkan sayur-sayuran hijau seperti kailan , kangkung , sawi , daun salad , bayam
                  timun.
                - Boleh makan sebagai ulam @ dimasak.
                - Kurangkan sayur-sayuran seperti lobak merah , kacang panjang , kacang bendi,
                  kacang buncis & tomato.

6 : Keju  - Keju yang paling diluluskan dalam atkin adalah keju KEWPIE boleh search kalau 
                  tak kenal rupa.
                - Lain-lain keju yang diluluskan ialah keju cheddar , mozarella, parmesan.
                - Limitkan sehari 1-2 keping sahaja.

7: Burger / sosej?
                - Daging sahaja boleh dimakan, itupun kena hadkan, jangan ambil sebagai menu
                   utama makanan harian anda.
                - Pastikan rendah carb. Jenama Ramly rendah carbnya..Anda boleh cuba.

8: Supplemant ?
                - Makan lapplement sikit supaya badan ada tenaga tambahan 
                - Contohnya seperti spirullina, psyllium husk , teh hijau , teh herba ,
                  teh orang kampung dan macam lagi la..
                - Patikan ianya kurang gula atau tanpa gula lagi bagus.


OK,.tu semua untuk ahli Atkins boleh buat..nanti cik blogger share menu-menu dari makana diatas supaya anda semua tidak jemu dengan dunia atkin. Nak beratkin ni bukan seminggu dua ja..Berbulan-bulan, so kena la pelbagai jenis masakan kita kan..hihih..


Ha Syarat Dah Tau kan?
Apa yang boleh makan pun dah tau kan?
Apa yang tak boleh makan pun dah tau kan kan kan ?
So ada juga cik blogger tulis ada fasa-fasa dalam atkins ni..Apa fasa-fasa atkins ni pulak..?

Jom ke next entry -> 







Apa itu Diet Atkins

Assalamulaikum w.b.t..

Jejak ja kaki awal tahun 2015 mula dikenali dengan DUNIA DIET ATKINS .. sebelum ni xpernah tahu pun ap itu diet atkin..diperkenalkan oleh abang sepupu cek dengan baca page satu blog..Dalam tu ad perkenalkan sikit psal ap itu atkin..ha meh nak cerita sikit apa itu DIET ATKINS?

Atkins diet ni sebenarnya dikenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Ia dibakar melaui pengurangan dan menghadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti Nasi , Mi , Kentang , Gula dan macam2 lagi..Nanti cik blogger listkan sedikit apa yang boleh makan ap yang tak boleh makan. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda mula munyusut.  Dr Atkins mula memperkenalkan secara luas idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tetapi kurang mendapat sambutan. 

Ketika itu , ramai rakyat Amerika telah menikuti low-fat diet atau diet rendah lemak ini. Melalui diet rendah lemak, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak dalam badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makan berkarbohidrat dan bergula. Contohnya dengan pengambilan lebih banyak jus, roti , kentang dan sebagainya. Makanan bergula pastinya kan membuatkan kita akan rasa ketagih dan mengambilnya dalam jumlah banyak. Jika ada yang berjaya menurunkan berat badan pun biasanya akan kembali ke beraat asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa lapar dan tidak mampu mengikut teknik diet rendah lemak itu buat masa yang lama.

Dr Atkins telah membuat kajian mengenai doet rendah karbohidrat dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang karbohidrat tetapi tinggi protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

ok .. dah tahu kan apa itu atkins..jom ke next entry mengenai atkins..sebab atkin ni bukan sepanjang berdiet xboleh makan itu takboleh makan ini...sebab atkins ni ad 4fasa..

Jom baca entry ni pulak mengenai Apa yg boleh , ap yang tidak boleh dimakan untuk Diet Atkins ni
-> http://syamimiabdyazan.blogspot.com/2015/01/boleh-takboleh-makan.html

KURANG SIHAT

Hai
Assalamulaikum..

Entry kali ni cik blogger xcerita psal throwback zaman Poli..ni story baru mengenai cik blogger. Awal Disember 2014 malam tu cik blogger susah sgt nak dapat lelapkan mata sebab dada ni rasa sempit sgt..susah sangat2 nk bernafas. Cuba lelapkan mata pkul 6 jaga batuk sgt lagi..memang rasa sgt sesak dada.

Bangun pagi tu p kerja mcm biasa, petang pulak p meeting dekat Bandar Puteri Jaya. Cik blogger naik kereta dgn rakan kerja aka sepupu cik blogger jugak .. hihih .. sebabnya xberapa berani naik moto time nak balik nanti. Sampai ja BPJ , lepas naik tangga dada dh rasa mcm xbernafas penat sangat2..dah lama sikit baru ok..Balik dri meeting ambil moto di rumah mak saudara then blik cwangan sendri dkt Sejati. Adoyai ini tangga lagi tingg pada BPJ..sebelum naik beli ubat sesak dada dulu dkt farmasi, nasib baik seringgit ja..hihihi.. Naik2 eletrik xdooooo..ermm kena potong la bos tak sempat p bayar, msg bos, bos sruh blik .. penat ja naik .. mmg dada ni semput sgt2..sebelum trun makan ubat dulu .. gelap pon gelap laaa....

Sampai rumah 8lbih, mak & kakak cik blogger nak keluar balik kampung rumah mak saudara cik blogger nk p buat tempahan baju. Cik blogger xikut la memg out dh nampak tilam ja..Elok depa keluar ja 5 minit cik blogger xboleh baring langsung, bla baring penat. huaaa .. mcm mna ni depa dh terlepas kluar .. pusing2 jgk la duduk baring duduk baring .. pkul 10.30 baru depa balik.. trud panggil mak ajak p hospital bhgn kecemasan. Seblum tu dh tny member yg kerja Nurse dia kata p hospital. 

Then, p la hospital sampai pkul 11malam (1/12/2014) ambil no masuk bilik cek tekanan darah then keluar semula tggu giliran jumpa doktor..kluar 11.30 dapat jumpa doktor pkul 1pagi woo..lenguh pinggang2 menunggu..huhuhu..jumpa doktor, doktor sruh p pam oksigen dkt hidung..hah first time nak pkai benda alah ni..mula pkai 1.15pg (2/12/2014) . mak ayah xtau pon cek pkai benda alah tu mesti rsau kat luar, nsb ayah msuk tny misi, misi kata lambt lg...ayah ngn kakak blik dlu..tggal mak dgn aq dkat hospital..huhuhuh...pkai oksigen tu sejam kau sampai 2.15pg.. Lepas pakai tunggu lagi untuk doktor check semula..pkul 3.45 baru doktor panggil cik blogger.. Lepas check doktor sruh p blik xray..adoiy pasai pa pula dah ni..p la sorang2..mai mana keberanian jalan sorang2 dalam hospital tu pagi2 buta..hihih...masuk blik xray gelap ja..tapi ad orang..hu aq perempuan dalam tu semua laki woo..faham2 la bila xray baju kena buka..pasrah la..huhuuh..sekejap ja xray lepas xray jumpa doktor, doktor check pernafasan semua dia kata suspek Jangkitan Kuman dalam Paru-paru.. tak bahaya la kot sebab xkena rawatan susulan pon..LEGAA..Lepas tu p ambil ubat dkat farmasi 4.25pg..Telefon ayah, ayah mai ambil sampai rumah pukul 5pg..

Ni la pengalaman permata cik blogger sakit dan kena check terprinci mcm ni..sebelum ni xpernah sampai kecemasan or p hosptal tgh2 mlm buta..Masuk wad pon xpernah.. "Sesungguhnya kesakitan itu menghilangkan dosa2 kecil seorang hamba" Usaha Doa Tawakal InshaaAllah .. 

Ok tu entr untuk kali ini..Pengajaran jaga kesihatan yg Allah beri kepada kita, Jika sakit jangan mengeluh, usaha untuk sembuh..Jangan terlalu redha pulak sampai xmau berusaha untuk berubat..Mencegah itu lebih baik dari merawat....

thRowBack ~ Sem1 ~ DIP


hai..ok..kali ni entry no about kamsis
ni totally nak coret psai Diploma In Programming (DIP)

Kami belajar macam sekolah jugak, ada kelas , bukan dewan besaw mcm Universiti hokey. Kelas ni dh dibhgikan mngikut no pendftran yang dah kita daftar sebelum datang poli lagi. Dibahagikan dalam dewan semasa minggu MSK. Cik blogger dpt kelas ke-3 a.k.a last.. DIP1C .. Geng kelas totally best.. Ada Penasihat Akademik mcm sklah panggil guru kelas la , then ada wakil pelajar a.k.a ketua kelas . Nama PA Encik Mohd Hafeez bin Mohd Soid umur xsure..huhuu..masa ni belum kahwin but not available .. hihihi .. PA yg sgt sporting , yg sgt fhm jiwa muda . Gambar sem1 xdak..Nanti emtry semester 2 cik blogger bagi kalian tgok ok..

Masa ni cik blogger banyak main woo..hmm nasb la..xpandai guna masa yang ada. huhuh. Sem1 masing2 baru nak kenal rakan2 yang lain. Subjek not bad best jgk.  Kelas xpadat sangat macam sem-sem seterusnya. Still ok la orang kata. Dah masuk poli kerja yg diberi pensyrah dh sama mcm zmn seklah.. Kalau zmn seklah xbuat kna marah. Zman poli xdak kena marah tapi setiap kerja yang diberi mempunyai markah kalau xhantar means tiada markah ha markah ni akan berjangkit dengan pointer sampai hujung sem hokey. So kena buat jgk . Ada subjek yg ok ad subject yg K.O... hmm nasib la orang suruh belajar kau main cik blogger.

Kelas kami tiada rombakan sampai la kami Semester 6 , ada yang terkandas di pertengahan jalan ,ada yang tambah semester , ada yang sampai ke penghujung dgn susah payah..Alhamdulillah..

haa tu ja kot crita bab kelas ni, xbanyak sgt sbb aktvti sama ja p kelas blajar , balik .. hihihih
nak tgok bangunan kelas c!k blogger ??

taraaaaaaa



ni salah satu bangunan utama pelajar kejuruteraan dan programming ..
katanya bangunan paling tinggi seluruh politeknik Malaysia, dan satu-satunya poli yang ad lif..
hmm sekarang xtau la mcm mna.. hihiih

budak POLIMAS panggil ni BANGUNAN 7 Tngkat..
Kalau tgok dri sini 6 tingkat ja tp belakang ad lagi bangunan yg 7 tingkat.
bangunan ni petak , tgh2 ad ruang udara.. best sgttt

ok ni bahagian dalam bangunan


hmm setakat ni pengalaman SEMESTER 1 c!k blogger dekat Polimas..

Next entry Semester 2 plak..Sem2 ad lbih a gmbr dari sem 1.
Masa ni handfone xcanggih lagi mcm sekrang.. hihi

ok..Byeeee .. 

tQ sudi baca blog entah ap2 c!ik blogger ni .. hihiihih..

thRowBack ~ Sem1 POLIMAS (Part2)


ok sambung entry masa Sem1 di POLIMAS

haaa ad lagi hal Kamsis a.k.a asrama nak tgok blok cik blogger nginap? tapi ni bhgian luar la bhgn dalam xdo..huhuh..


ha nin dia..Blok A & Blok E ja mcm ni sbb blok baru 
Blok A siswi .. Blok B siswa ..
kebiasaanya memang blok A & E ni untuk pelajar Junior

haa program yang ingat lagi iaitu program Firedrill 
bayangkan dah terlelap pukul 1pg, org ketuk pintu dumdam dumdam sruh trun, dgn bunyi siren bagai..huhh dh la tdur pkai kain batik ja nasib lengan panjang, kalau dh firedrill mmg tak sempat la nk menyalin..hmm jawabnya sarung tdung ja sempat p sampai dewan utama nu adoyai..kain batik woo nasib tak terlucut..huhuh..masuk dewan cerah benderang..siswi kanan siswa kiri..haa haa haa bukan cik blogger ja pkai kain batik hokey mcm2 pakaian tdur ad malam tu.. si siswa lagi dahsyat, dgn kain pelekat, dgn seluar pendek , dgn KAIN SELIMUT smua ad...kahkahkha..lawak btoi time dlm dewan tu..mula2 masuk lampu off, dh masuk smua dh teratur kedudukan plajar bru pihak berkuasa onn kan lampu..ha masa tu bygkan mcm2 suara hu ha hu ha la kluar. Hahaha . 

Ni kisah ala2 seram tak seram cik blogger pulak.
Masa sem1 cik blogger dpat tinggal dengan seorang roomate dri Perak ambil kos Diploma AkaunTasi (DAT).. Setelah beberapa bulan tinggal, cik blogger ni jenis xtdur blik sgt..kekadang ja sbb suka nginap bilik orang, Asal nak balik bilik tgh malam ja mesti dgr roomate cik blogger bernyanyi2  sakan.. Normal kan? tak!! not normal lagu2 dia totally lagu siti nurhaliza yg agak sram sepert cindai, ulik mayang and other la. Ok la lagi masa tu . Ada malam cik blogger tdur blik sendri mmg xblh lelap sbb dia bersuka ria sakan lain mcm ja, buat2 tidur ha dgr la pelik2 dia buat. Barang dia sebelum ni xbersepah pon tapi lately tu mmg bersepah gilaaa..serabut kepala tgok, klau xdak kelas cik blogger tlong kemaskan, tp bila dia balik sepah semuala..huaaa.. Masa ni x terfikir pon dia sakit hokey. sebb dia bkn jnis meracau pon..biasa ja cuma tmpat dia jd kotor.

Masuk bln Ramadhan, awal ramadhan cuti so balik rumah la sahur di rumah. Ha malam ni cik blogger p lepak bilik member selang 2 / 3 bilik ja .. and mungkin tdur situ kot xhengat sgt la.. Esok pg p kelas mcm biasa la kan balik tgh/hari tgok barang roomate ad mcm biasa cuma ad beg bagasi tepi pintu, pelik .. tp bikin biasa lagi .. ptg p kelas lagi balik dari kelas beg tu dh xdak..rupanya ad bapa saudara dia dh ambil dia, sehari, dua hari , seminggu xbalik2..eh dh kenapa budak ni. Then baru la dgr crita mlm cik blogger tdur blik member pkul 12/1 pg dia p dekat guard minta nak kluar time tu jgk, tp guard ofcourse la xbg kann..tu yang dia balik esok pg nya..Kamsis ni ad time ja blh blik tu pn dgn kebenaran warden la. 

Lepas sebulan dia balik makngah dia mai ambil semua barang2 dia, masa tu cik bogger bru blik kelas..tekezut kau ad orang dalam bilik kita kan.. Then baru makngah dia crita sebenarnya dia ni ad SAKA keturunan...mak oi menyirap darah masa tu.. Tak pernah terfikir dia ad sakit mcm tu..dah la cik blogger ni penakut..huhuh..Makngah dia ckp ka rumah pon keaadaan dia x terkawal, makin kurus sbb xmakan , barang hbs rosak kalau biar kat dia..Allah..kesian dgr.. and makngah dia ckp dh tangguh sem so mmg xblik la bilik tu..Lepas tu bermula kehidupan cik blogger tdur sorg2 dalam bilik asrama tu.Alhamdulillah tdur and khidupan mcm biasa ja.. Bestnya dapat tinggal sorg2 bebas nak buat ap pon kan.. Takdak plak rasa seram tu. Next sem jumpa roomate tu dia dh sihat...Alhamdulillah..


hmm tu la cerita seram tak seram cik blogger, sampai sini dlu story pasai semester1.. next entry cik blogger story pasai kelas pula ok..dh penuh ni.. xlarat baca pulak nanti..kihkikhih

bYe...

thRowBack ~ Sem1 POLIMAS (Part1)


ha meh sini cil blogger nak sambung cerita zaman politeknik yang sangat-sangat-sangat MANIS. Masa sem 1 pengalaman tu rasa pahit sgt, mcm kena kejutan budaya, masa ni cik blogger ala2 ranggi gitu..tudung masih style n singkat..huhuh


Masuk ja mgu first harusla kena Minggu Suai Kenal (MSK) a.k.a Orintasi..Oh tidak perkara yang boleh dikatakan 98% pelajar tak suka hokey..hidup caca merba minggu tu..tidur tak cukup , mandi xcukup , baju xcukup semua serba TAKCUKUP.. Walaupun cik blogger masa ni still ranggi tp cik blogger mmg xsuka baju singkat, ketat , lengan aju xdak..hmmm nasb xbaik dpt bju sukan MSK tiada lengan sbb dapat baju lelaki karana badan cik blogger berisi. Nasb yg baik xpayah pkai bju batik MSK :P sbb ketat sikit.. ohhh no no no .. saya xpakai .. nsb dpt pkai bju kurung biasa yang warna ala2 sama dgn baju mereka2 yang lain .. tapi tudung batik msk kena loh pkai..uaaaa susah dibentuk, so kita sebat ja mna boleh .. xsmpt menyegak dh orang kata...hahaha


gambar dari en google jewr sbb xdo gambar MSK..ni pon xtau batch bla..hihi..
tapi ni la panorama MSK .. kuikuikui

ok di POLIMAS ad 2 orintasi,
1-yang td yang pengisian mengenai poLiMAS..
2-yang ni dikenali sbg KPIM (Kursus Pembentukan Insan Mulia) lebih kepada pengisian keagamaan. konsep pakaian and TAKCUKUP mmg sama..ha kau tapi yang ni best sikit dari td..sbb ad ceramah2 agama. yang first totally out..yang ni pkaian kna serba sopan tudung mmg xblh silang sana sini especaly yang bidang 45..hmm kna warna hitam plak tu aq ad satu ja jnis ariani warna hitam singkat fc ckp klau xdak dia nk bg tudung dia bidang 60..!!1..msa ni  xpandai lagi bidang 60 ouhh mmg kna usaha la cari bidang 45 biasa dri teman2..mula la jd muka tembok tanya sana sini..kebanyakan ad satu ja..yelah dh baru msuk kan, brg serba xlengkap..hmm akhirnya dpt jgk..so pkai la smpi hbs KPIM..so dlm ni kami dbhgikan kpd kump USRAH kna jlnkan smpi hbs sem woo.REDHA..hahaha..

PERATURAN KAMSIS
ha ni la budak dulu sampai sekarang memberontak..aduyai hukum Allah pon hampa bantah. Aq? terkejut ja tp Alhamdulillah masih boleh ikut dgn baik. Kaki harus berstokin, kluar bilik ja wajib bertudung walupn xdak lelaki bkn ap kalu siang takut maintanance msuk baiki mcm2 dlm kamsis. hmm aq dok blok A dgn roomate dri Perak kos Akaun. Waktu berstokin adalah apbila melangkah ja keluar asrama perempuan@wanita :) . Setiap AHAD-SELASA wajib solat jemaah di Pusat Islam  (surau) pada waktu maghrib& isyak , antra maghrib dan isyak ad Kuliah Bicara Ad-Den dri Ustaz jemputan. 

Cik blogger xpernah pon mis dari turun tau, bkn nk kata baik tp mmg baik..huahkahkahkha..nak dijadikan pengalaman firstime xtrun disbbkn puasa buka puasa di bilik classmate tingkat 4 blok B..lpas mkan apa lagi orat baloq timbui la..mula plan xtrun jemaah..TUP TUP aduhai ad gempur besar-besaran sapa xtrun PI..huaaaa so tetangkap la aq, dgn berbaju tdur dibawa ke pjbat asrama..hanya Allah yang tahu malunya..tu la sem tu kali pertama & terakhir xtrun PI.. kak2 JPK a.k.a AJK asrama agak kenal aq depa senyum ja kat aq..adoiy malu aih.. Depa knai sbb cik blogger ni kerap jgk p kelab anjuran Jabatan Pengajian Am Polimas iaitu Kelab Rakan Pusat Islam (RaPI) yang mana ahli2 banyak dri kalangan AJK asrama sendiri.Pengalaman tertangkap tu sgt INGAT sbb first time xtrun dh kna tangkap..Allah syg lewr tu kan kan..ap blh buat BELAJAR DARI KESILAPAN & PENGALAMAN ... 

hmm qAsa dh bnyak nii..soo
BERSAMBUNGGG...

kuikuikui

Byeeee