Boleh TakBoleh Makan (ATKINS)

Assalamualaikum warga pembaca blogger..

Ok seperti post yang lepas mengenai pengenalan Diet Atikins (http://syamimiabdyazan.blogspot.com/2015/01/apa-itu-diet-atkins.html) cik blogger dah nyatakan untuk beritahu kawan mengenai menu yang boleh dimakan atau yang takboleh dimakan semasa berATIKINS ni...

Ok ni carta atkins..cik blogger ambil dari google jewr..hihih


OK...ni Piramid atkins..

Syarat-syarat Atkins: 
1 >> Pastikan cukup minum air
        Minum 1liter untuk setiap berat badan 25kg..
         Kalau tak cukup air dalam badan anda akan susah untuk membuang...

2 >> Perlu makan 3x atau lebih dalam sehari dalam kuantiti yang sedikit.
        Jangan sekali-kali skip makan nanti anda akan berasa lapar dan bila makan anda
        susah untuk kawal pemakanan anda. Makan malam biarlah sebelum pkul 9.00 malam
        atau 4jam sebelum tidur. Ia juga akan meyebabkan kadar metabolisme badan menurun.

3>> Untuk fasa 1 makan jangan lebih dari 20gram karbohidrat (carb) dalam sehari.
        Baca label pada makanan yang dibeli. 
        Sebaiknya makan makanan segar seperti ayam,daging,kerana carb adalah 0g.

4>>Jangan beli makanan yang diproses seperti dalam tin kerana ia 
       mengandungi gula dan carb yang sangat tinggi. 
       Jangan makan sos & kicap kerana ia juga diproses.

5>>Jangan makan apa-apa makanan yang dah dilistkan sebagai makanan 
      yang tidak boleh dimakan dibawah nanti. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan
      glukosa dalam badan & menyebabkan ketagihan nasi serta benda2 manis.

6>>Makanan bergoreng , panggang , rebus , salai boleh dimakan asalkan tidak ditambah gula
      dan madu. Berhati-hati jika makan dikedai, seeloknya masak sendiri.

7>> Kurangkan makanan berproses seperti daging burger & sosej.. Boleh makan tapi berhad.

Ok dah tau Syarat2 nya..Jom tau pulak apa yang kita kena pantang semasa First Induction atau fasa pertama ni.

Makanan yang TIDAK BOLEH dimakan semasa fasa pertama berAtkin :
1  : Nasi, mi , mihun , laksa , spagetti , vermicelli , kuew tiau dan sebangsa dengannya lah.

2  :  Segala jenis roti tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
      Roti , roti berserat , roti bun , roti boy , roti canai segala jenis roti la memang kena pantang.

3  : Sebarang jenis gula atau makanan yang bergula tinggi
      (gula-gula, gula melaka , gula merah , madu) 

4 : Semua jeis buah-buahan tak kira apa-apa jenis terutam pisang (sebiji pisang = 23.7g carb)

5 : Minuman bergula, jus buah-buahan , barli , air gas dan seangkatan dengannya.
     Senang story minum air mineral ja..hihih..

6 : Snek / Jajan (Twisties , SuperRing , biskut manis , popcorn , jeruk manis) smua ni 
     tak boleh makan. Ni pn carb tinggi.

7 : Segala bentuk kekacang, tempe dan adik-beradik dia. :)

8 : Makanan berproses seperti bebola ikan,  nugget , segala jenis bebola tak boleh makan
     Memang kena kawal ketat jangan bagi ad ruang pon untuk msuk dalam badan kita.

9 : Makan bertepung seperti kek , biskut , kuih muih (segala jenis yang bergandum)

10 : Sos & kicap kerana tinggi.

11 : Sayur-sayuran yang berkarbohidrat tinggi iaitu segala jenis UBI (ubi kayu , lobak ,
       ubi kentang,segala jenis ubi)

12 : Satay yang diperap gula & madu .. biasanya dikedai2..

Hahhh!!!
Tekejut tgok semua xboleh makan?
Jangan risau, ada yang boleh dimakan..
Kalau pandai olah makanan Atkins lagi sedap pada makanan biasa kita makan...


Meh tgok apa plak makanan yang BOLEH dimakan semasa Atkins

Makanan yang BOLEH dimakan semasa fasa pertama berAtkin :
1: Ayam - Semua bahagian boleh makan termasuk hati ayam. Kulit pon boleh tapi 
                  cik blogger tetap buang kulit dia..hihih
                - Ayam boleh digoreng , panggang , steam , bakar , sup tapi pastikan tanpa tepung.

2: Daging  - semua bahagian tak kira daging lembu, itik , kambig , rusa semua pon ok..
                  - boleh dibuat steam , bakar, goreng , salai , dan macam lagi..
                  - kreatifkan diri anda supaya tidak berasa jemu.

3: Ikan, udang , ketam pon boleh dimakan cuma sotong kurangkan sebab tinggi carb.

4: Telur   - macam2 telur boleh..telur ayam , telur itik , telur ikan
                 - TAPI berhati sbb telur di pasaraya yang agak mahal tu ad yang tinggi carb 
                   contohnya telur Nutriplus kalau tak salah la. Better beli yang kedai2 or 
                   pasar malam ja, memang rendah carb..
                - Telur ni boleh dibakar, digoreng mata, goreng dadar , rebus.

5: Sayur - Lebihkan sayur-sayuran hijau seperti kailan , kangkung , sawi , daun salad , bayam
                  timun.
                - Boleh makan sebagai ulam @ dimasak.
                - Kurangkan sayur-sayuran seperti lobak merah , kacang panjang , kacang bendi,
                  kacang buncis & tomato.

6 : Keju  - Keju yang paling diluluskan dalam atkin adalah keju KEWPIE boleh search kalau 
                  tak kenal rupa.
                - Lain-lain keju yang diluluskan ialah keju cheddar , mozarella, parmesan.
                - Limitkan sehari 1-2 keping sahaja.

7: Burger / sosej?
                - Daging sahaja boleh dimakan, itupun kena hadkan, jangan ambil sebagai menu
                   utama makanan harian anda.
                - Pastikan rendah carb. Jenama Ramly rendah carbnya..Anda boleh cuba.

8: Supplemant ?
                - Makan lapplement sikit supaya badan ada tenaga tambahan 
                - Contohnya seperti spirullina, psyllium husk , teh hijau , teh herba ,
                  teh orang kampung dan macam lagi la..
                - Patikan ianya kurang gula atau tanpa gula lagi bagus.


OK,.tu semua untuk ahli Atkins boleh buat..nanti cik blogger share menu-menu dari makana diatas supaya anda semua tidak jemu dengan dunia atkin. Nak beratkin ni bukan seminggu dua ja..Berbulan-bulan, so kena la pelbagai jenis masakan kita kan..hihih..


Ha Syarat Dah Tau kan?
Apa yang boleh makan pun dah tau kan?
Apa yang tak boleh makan pun dah tau kan kan kan ?
So ada juga cik blogger tulis ada fasa-fasa dalam atkins ni..Apa fasa-fasa atkins ni pulak..?

Jom ke next entry -> 







20 comments:

Unknown 21 November 2018 at 22:17  

Nak tnya kalau mcm breakfast pagi minum air macam nestum boleh ka? Sbb kalau student susah nk cri breakfast yg atkin punya

Unknown 27 November 2018 at 04:15  

Nestum pun carb tinggi plus gula...klau pagi breakfast telur rebus,telur mata,telur sparuh masak,dgn ulam timun pun murah utk student.😊

Unknown 10 December 2018 at 00:50  

Why tomato tak boleh sis?

nuratiqha aliana 10 August 2019 at 08:05  

Kalau kuah laksa boleh tak? Kuah sahaja. 😄

Unknown 10 November 2019 at 23:32  

Boleh makan taugeh ke kalau diet Atkins?

Unknown 20 November 2019 at 03:04  

Jagung boleh amik tak ?

Unknown 15 December 2019 at 01:55  

nak tnya, if soon boleh mkn tak

Unknown 20 January 2020 at 23:06  

Tidak boleh sis . Sebab mengandungi gulaa dan card. Kitaa nak elak bnda ni .

Unknown 20 January 2020 at 23:07  

Tak boleh .sebab gandum . Gandum tinggu card .

Anny abdul razak 19 February 2020 at 05:17  

Nak tanya boleh gunakan belacan dalam masakan contoh goreng sayur kangkung..boleh tak sis?

Unknown 11 March 2020 at 07:21  

Heballife boleh amik tak sis semasa mengamalkn diet ni..

Unknown 11 June 2020 at 05:01  

Sayur petola lulus x atkin fasa 1

Unknown 1 July 2020 at 21:25  

Satu sudu sos cili bersamaan 5g karbo... Means sy boleh mkn la kn satu sudu tu tp x lbih 20g kn?

Unknown 2 July 2020 at 22:51  

Sis,saya ambik 2 potong sosej sehari takpe kan?

Fatin nurzawanne 19 July 2020 at 05:46  

Asam jawa boleh x sis

Unknown 31 October 2020 at 21:13  

kopi hitam tanpa gula boleh ke?

Jezzzz. 12 November 2020 at 04:34  

Itik salai lemak cili padi boleh tak

Jezzzz. 12 November 2020 at 04:34  

Itik salai lemak cili padi boleh tak

Unknown 22 March 2021 at 16:53  

Sis kalau sarapan pagi saya makan ubi rebus okay tak ?

Lizzy 9 September 2021 at 19:38  

Salam .. kalau makan kailan ikan masin boleh ke?

Post a Comment