Assalamulaikum w.b.t..
Jejak ja kaki awal tahun 2015 mula dikenali dengan DUNIA DIET ATKINS .. sebelum ni xpernah tahu pun ap itu diet atkin..diperkenalkan oleh abang sepupu cek dengan baca page satu blog..Dalam tu ad perkenalkan sikit psal ap itu atkin..ha meh nak cerita sikit apa itu DIET ATKINS?
Atkins diet ni sebenarnya dikenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Ia dibakar melaui pengurangan dan menghadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti Nasi , Mi , Kentang , Gula dan macam2 lagi..Nanti cik blogger listkan sedikit apa yang boleh makan ap yang tak boleh makan. Badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda mula munyusut. Dr Atkins mula memperkenalkan secara luas idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tetapi kurang mendapat sambutan.
Ketika itu , ramai rakyat Amerika telah menikuti low-fat diet atau diet rendah lemak ini. Melalui diet rendah lemak, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak dalam badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makan berkarbohidrat dan bergula. Contohnya dengan pengambilan lebih banyak jus, roti , kentang dan sebagainya. Makanan bergula pastinya kan membuatkan kita akan rasa ketagih dan mengambilnya dalam jumlah banyak. Jika ada yang berjaya menurunkan berat badan pun biasanya akan kembali ke beraat asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa lapar dan tidak mampu mengikut teknik diet rendah lemak itu buat masa yang lama.
Dr Atkins telah membuat kajian mengenai doet rendah karbohidrat dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang karbohidrat tetapi tinggi protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
ok .. dah tahu kan apa itu atkins..jom ke next entry mengenai atkins..sebab atkin ni bukan sepanjang berdiet xboleh makan itu takboleh makan ini...sebab atkins ni ad 4fasa..
Jom baca entry ni pulak mengenai Apa yg boleh , ap yang tidak boleh dimakan untuk Diet Atkins ni
-> http://syamimiabdyazan.blogspot.com/2015/01/boleh-takboleh-makan.html
-> http://syamimiabdyazan.blogspot.com/2015/01/boleh-takboleh-makan.html
0 comments:
Post a Comment